Selamat datang ke blog ini

Friday, April 17, 2009

Dah Nak exam oiii.....


salam….pembaca2 sekalian chat ker?? arap2 chat lah yer.. klu kurg chat penulis doakan semoga anda di sembuhkan dengan cepat...amin..pejam celik pejam celik kita dah nk exam yer…. sekejap rasanya blajar sem nie.. di sini penulis nak ucapkan selamat menjalani peperiksaan.arap2 sume pembaca dapat jawab exam dengan keadaan yang tenang…penulis juga ingin berkongsi beberapa pesanan berikut berangkali,ia berguna untuk anda menghadapi exam nnti:-

1. Jaga Kesihatan...cukupkan tidur...makan makanan yang tak mendatangkan penyakit yang boleh menganggu anda terutama ketika exam.

2.Kalau nak bersukan ala kadar saje jangan sampai patah mematah...

3.Kurangkan aktiviti negatif yang menjejaskan penumpuan terhadap pelajaran...seperti cinta jiwang2,terlampau main game dan sebagainya.

4.Habiskan Sukatan pelajaran Yang belum habis. nanti time exam terkejut plak dapat soaln yang x penah dengar...

5.cuba la try tgok soalan2 final yg leps..mungkin ia membantu anda..

6.Jangan lupa usaha cari soalan ramalan dari pelbagai sumber..kalo ade la...jangan buat ramalan sendiri..

7. Pastikan anda telah tahu STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB YANG BETUL bagi setiap mata pelajaran...tanyalah lecturer2 anda..hehhehe

8. Pastikan kelengkapan alat tulis dan sebagainya sudah cukup..jangan masa dah exam baru perasan ada benda yang belum cukup

9. Rajin2 berdoa dan sembahyang ..x lupa juga mintak restu dan doa ibu bapa dan lecturer2 anda..semoga mereka dpt membantu jiwa kita kelak..

1o. Kepada sesiapa yang biasa mengamalkan meminum air penerang hati silakan ..tetapi iannya tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya anda tidak ada STUDY HARD N STUDY SMART. :)

---Smoga KITA sama2 dapat menjawab soklan exam----
***amin***

Tuesday, April 14, 2009

Banyak keistimewaan solat Subuh berjemaah


WAKTU paling liat untuk bangun tidur ialah ketika hampir masuk waktu subuh. Jika pada masa itu hujan renyai dengan hembusan angin dingin pula, maka tambah malas hendak bangun dan semakin kuat tangan menarik selimut.

Walaupun hakikatnya kita sudah terjaga, oleh kerana telinga didendangkan syaitan bahawa tidur lebih nikmat daripada bangun, maka ada antara kita terus berlengkar macam ular sawa di tempat tidur sehingga waktu subuh berlalu.

Setiap orang pasti menempuhnya kerana waktu subuh adalah masa cukup enak melayan fikiran di tempat tidur. Justeru, hati malas dan liat untuk bangun memberi peluang syaitan berjaya menggoda.

Susahnya untuk bangun pagi bagi menunaikan solat Subuh adalah ujian melihat sejauh mana tahap keimanan kepada-Nya. Ujian seperti ini dihadapi umat manusia tanpa kecuali sejak Nabi Adam diciptakan hingga hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud: “Alif lam mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (begitu saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 1-3)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk, ayat 2) Mendirikan solat Subuh berjemaah di surau atau masjid perkara yang berat untuk dikerjakan. Ujian itu dikira berat kerana banyak godaan dan halangan sebelum berjaya melangkah kaki ke surau atau masjid.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu subuh bermula sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Masalah itu ditegaskan sekali lagi oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang mendapatkan satu rakaat solat Subuh sebelum terbit matahari, maka dia sudah melaksanakan solat Subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Sesungguhnya sesiapa yang pergi ke surau atau masjid untuk mendirikan solat Subuh berjemaah akan mendapatkan banyak keistimewaan dan pahala dibandingkan orang yang melaksanakan solat fardu selain solat Subuh berjemaah.

Antaranya ialah mendapat pahala seperti orang yang solat berjemaah iaitu 27 darjat pahala, memperoleh kebaikan yang banyak, dihapuskan amal kejahatan, dinaikkan darjat dan kedudukan, dijanjikan syurga dan malaikat mendoakannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang solat dua waktu yang sejuk, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Musa al-Asya’ri)

Keistimewaan lain yang diperoleh mereka yang mendirikan solat Subuh berjemaah ialah seakan-akan melaksanakan solat malam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia bersolat setengah malam. Barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak) maka seakan-akan dia melaksanakan solat malam selama satu malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Subuh adalah sumber segala cahaya pada hari kiamat kelak. Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat kepada mereka yang mendirikan solat Subuh dengan berjemaah di surau atau masjid.

Walaupun cahaya bagi orang beriman pada hari kiamat berbeza, Allah tidak akan mencabut cahaya itu di mana saja dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirat al-Mustaqim. Allah akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk ke dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah) Dalam kegelapan bermaksud solat Isyak dan Subuh.

Waktu subuh amat singkat, oleh itu mereka yang ingin mendirikan solat Subuh harus bersedia awal sebelum masuknya waktu.

Solat tepat pada waktunya adalah ibadah yang disukai Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Amal yang paling dicintai Allah adalah mengerjakan solat (tepat) pada waktunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lelaki blh Pakai gelang ker??

Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memakai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri kamu, jika sekiranya kamu mati dan benda itu ada pada diri kamu, maka kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.” riwayat Imam Ahmad

Hadith yang ana maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain yang bermaksud :-

Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dunia Lakonan

Dunia ini ibarat pentas lakonan,
Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya,
Al-Quran itu dan as-sunnah itulah skripnya,
Malaikat itu jurugambarnya,
Islam itulah jalan ceritanya,
Kiamat itulah kesudahan penggambarannya,
Padang Mahsyar tempat penganugerahannya,
Rasulullah saw adalah penerima anugerah terbaiknya,
Allah SWT adalah hakimnya,
Syurga atau neraka adalah trofinya....

Selamat Berkenalan

Salam..... disini ana ingin mengucapkan terima kasih kpd sesiapa sahaja yang sudi melawat ke blog ana ini.. Tujuan ana membuat blog ini adalah untuk berkongsi ilmu.Maklumlah ilmu Allah ini terlalu banyak untuk di cari.... ana harap dengan adanya blog ini dapatlah ia menambah ilmu antum semua seraba sedikit.. mungkin ilmu yang ada pada ana nie hanya sedikit sebab itulah ana mengharapkan antum semua dapat memberi komen supaya ana tidak terlari daripada landasan yang sebenarnya..wassalam...