Selamat datang ke blog ini

Sunday, January 31, 2010

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.






Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Daripada maksud ayat ini kita dapat lihat apabila kita ditimpakan sesuatu musibah semestinya kita mampu menanggung musibah tersebut.Tapi bagaimana dengan kita??? Adakah apabila Allah menimpakan kpd kita musibah, kita dapat menanggung musibah tersebut ataupun hanya mengeluh??







Kita dapat muhasabah balik diri kita.Penulis mengakui apabila di timpa musibah kecil sahaja penulis akan mengeluh..Astaghfirullah..bertapa rendahNya iman kita.Penulis teringat dengan seorang sahabt penulis apabila Allah mengujiNya dengan kemalangan.Pada mulanya dia menceritakan dia menaiki sebuah motor dan dia rasakan bahawa motor tersebut bergoyang2.Tidak lama kemudian motor tersebut terjatuh di sebabkan dia tergelincir di bahu jalan.Setelah kemalangan dia sentiasa mengeluh dan menyalahkan motor tersebut.Adakah motor yang bersalah?? Ataupun orang yang membuat motor tersebut bersalah?? atau pencipta orang yang membuat motor itu bersalah?? Sama2 lah kita fikirkan.

Jika kita mahu menyalahkan orang lain di sebabkan salah kita sama2 lah kita fikir kesalahn itu berpunca daripada mana.penulis teringat satu lagi kisah dimana seorang suami yang membeli buah tembikai.Apabila tembikai itu dipotong oleh isterinya di rumah, di dapati bahawa tembikai tersebuat rosak dan isterinya memarahi penjual tembikai tersebut.




Jika difikir balik, ada atau tidak penjual yang ingin menjual barang yang rosak?? Penulis rasa tiada..Oleh itu,adakah salah penjual tembikai tersebut yang ingin menjual tembikai yang buruk?? Atau salah orang yang menanam tembikai?? Ataupun salah pencipta tembikai itu??

Friday, January 29, 2010

SUBUH OH SUBUH!!!

Salam…Ape khabar iman?? ade kah semakin meningkat atau menurun?? tanyalah diri sendiri..penulis mengharapkan semua akan menaik..Alhamdulillah ade gak mse free tuk kongsi sedikit masalah yang di hadapi oleh penulis pd sem nie.Penulis harap lps mendengar rintihan nie sahabt2 dpt bantu penulis yer..



BermulaNya sem nie penulis rasa banyak kelemahan jika nk di bandingkan dgn sem yang lepas.Terutamanya dr segi bangun subuh.Kalau ingat sem lepas senang jer nak bangun.Kalau kunci jam kul 5:30 maka penulis akan bagn kul 5:30 tapi skrg bila kunci jam kul 5:45 maka akan bangun kul 6:00.Tu la hypothesis yang dapat di buat.Dah tak tau cam ner nak ubah..Nasib baik la subuh skrg lambt dpt gak la berjemaah.Tp ade gak time x sempt berjemaah sekali dua.tu yang rase krg seng nak lalui kehidupan pd hari yg penulis x g solat berjemaah subuh.Sebabnyer starting kehidupan dh x g berjemaah bagaimana pula dgn solat berjemaah yang lain…. Penulis juga rasa kesal sebb dalam seminggu, hanya sekali dua sahaja dapat qiam.Hari lain sume bgn dh dkt ngn subuh.
Penulis rasa penulis patut tidur di masjid kot.InsyaAllah kalau esk bangun lewat lg penulis akan tidur di masjid.Emm sape2 nk join blh lah yer…Di sini juga,penulis minta sape2 yang ade cara2 nak bangun awal blh la bg cadangan yer..InsyaAllah same2 kita praktikkan.

Sunday, January 24, 2010

Fungsi kerusi dan meja d dpn kk1??

Apakah fungsi kerusi dan meja yang berada di hadapan kolej kediaman 1??
Salam…
Berkaitan perkara di atas, kita dapat lihat bahawa kerusi yang berada di hadapan kk1 hanya dapat membuatkan pasangan couple lebih mesra berbual sambil melihat felo yang sedang menyaman pelajar-pelajar yang parking kenderaan mereka di hadapan masjid.Perkara ini jelas kita lihat .Jika di ikutkan, ana sebagai mahasiswa tidak mampu untuk menghalang mereka sebab status kami adalah sama.Jika ana menghalang mereka sudah pasti ana akan di maki hamun dan menyebabkan pergaduhan berlaku.Jadi di manakah kuasa felo?? Adakan felo hanya boleh menyaman pelajar yang parking di hadapan masjid yang bertujuan untuk menunaikan solat isyak tetapi tidak mampu untuk mencegah pasangan couple yang sedang bermesra di atas kerusi berhadapan kk1.Ingat lah Allah memberi tanggungjawab kepada kita seperti firmanNya yang bermaksud
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”
Ayat Ini jelas menunjukkan bertapa perlunya kita mencegah kepada kemungkaran.Jika kita endahkan perintah Allah.Ana pasti semua tahu hukumnya.Ana hanya mampu mencegah menggunakan lisan dan hati sahaja kerana ana tidak mempunyai kuasa.Tetapi kenapa yang mempunyai kuasa tidak mahu bertindak??Adakah antum tidak tahu?? Ingat setiap gerak geri kita di lihat oleh yang MAHA MELIHAT!!
Ana harap semua dapat mengambil iktibar dan bukan nya marah tidak tentu pasal.Ayat ini di turunkan oleh Allah bukan dari ana.Adakah antum mahu marah?? Tanyalah iman!!!

Friday, January 22, 2010

Bila terima Ujian!!

Salam..Maybe ini perkongsian ringkas dan tidaklah begitu padat yang dapat di hasilkan oleh penulis.Harap sahabat2 dan yg penting penulis sendiri dapat muhasabah drpd setiap ayat2 yang penulis tulis di bawah ini.



Terasa sedih bila ada orang yang mengumpat mengenai kita.lebih2 lgi rakan sekelas ataupun sahabat ygrapat dengan kita.Tetapi kita sebagai seorang pendakwah,kita tidak boleh b’putus asa.Medan dakwah ini bukan sementara tapi ia kekal sehingga ke akhir hayat. Ini baru ujian yang kecil drpd Allah.Jika kita x mampu menahan tomahan dan umpatan drpd orang bagaimana dengan medan dakwah kita yang sebenar.Penulis teringat satu ayat drpd Al-Quran
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Drpd ayat ini, penulis dapt simpulkan bhw walaupun kita menjdi bahan umpatan @ bahan fitnah orang tetapi kita perlu tabah dan cuba untuk memperbaiki diri kita untuk menjdi lebih baik dr mereka. Dengan itu, kita akan lbh kuat menghadapi dugaan dalam dakwah ini.
Ada kala nya kita rasa kenapa lah Allah memberi kita dugaan seberat ini?? Tetapi kita tak pernah fikir cara penyelesaian nya.Kita sentiasa mengeluh dan muda menyalahkan Allah apabila mendapat ujian drpdNya tetapi kita tak pernah cari salah kita.Kenapa Allah beri kita ujian? Mungkin Allah hendak menegur perbuatan kita.Penulis teringat satu ayat
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Semoga dengan ini,Dapatllah sama2 kita motivasikan diri kita.

Monday, January 11, 2010

sejauh mana sikap kita dengan Allah

Alangkah indahnya jika rasa cinta dan sayang kepada Allah itu wujud dalam diri kita. Ketika itu kita akan rasa tenang, khusyuk dan asyik. Mana lagi rasa cinta dan sayang yang amat indah selain rasa cinta dan saying kepada Allah? Adakah rasa cinta dan sayang kepada kekasih lebih hebat dan indah berbanding dengan Allah.

Mungkin kita rasakaan cinta dan sayang pada kekasih lebih hebat kerana kita tidak pernah sekali pun memiliki nikmat rasa cinta dan sayang pada Allah.



Kita semua mengakui kita menyayangi Allah. Tetapi berapa kali kita mengingati Allah didalam sehari? Kita tidak perlu menipu diri kita. Ketika sahabat membaca artikel ini, adakah sahabat mengingati Allah? Ketika kita melakukan apa jua aktiviti seharian, adakah kita mengingati Allah.
Di dalam hidup kita sehari, kita akan bangun pagi, mandi, bersihkan diri, pakai baju,makan, pergi kelas, belajar, balik kelas akhirnya tido.Itulah aktiviti asas yang kita lakukan seharian. Namun di dalam semua aktiviti asas tersebut, berapa banyak kita berdoa sebelum melakukan semua aktiviti itu? Sejauhmana kita meminta izin daripada Allah untuk melakukannya?

Berdoa untuk keselamatan adalah berbeza dengan meminta izin. Sebagai contoh,sewaktu ingin mandi, berapa ramai yang meminta izin pada Allah untuk mandi?Terlupakkah kita bahawa air itu kepunyaan Allah. Tidak sedarkah kita nikmat mandi itu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita?

Sewaktu ingin pergi kerja, sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk pergi kerja? Sedarkah kita tenaga kita untuk pergi kerja tersebut adalah milik Allah. Sedarkahkita bahawa kenderaan yang kita naiki hanya dapat bergerak dengan izin Allah?
Nah! Sekarang kita tanya sekali lagi adakah kita benar-benar cinta dan sayang padaAllah? Jika ya, mengapa kita tidak meminta izin daripada Allah di dalam melakukansetiap aktiviti kita?