Selamat datang ke blog ini

Saturday, March 20, 2010

Keluhan hamba Yg Terpisah Dr Rahmat Allah..

Terpisah Dari Allah Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. “Isyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?”, “Hmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal ‘Azhim.

Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya. Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.





Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.

Wednesday, March 17, 2010

Adakah kita munafik??

Emm da lame x post dlm blog nie..maaf sume yer..sibuk sangat baru2 nie,tapi kita x leh sibuk dalam kerja dunia jer.. kita kena gak sibuk tuk berdakwah..huhu..
Di sini penulis mahu kita sama-sama berfikir..Adakah kita seorang munafik?? Jika kita lihat ayat ini yang bermaksud :-
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit bumi dan gunung-gunung maka semuanya enggan utk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.”


Jika dilihat hadis ini pula
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Maka saya ingin menekankan “apabila dipercayai ia khianat”.jika kita relatekan dengan firman Allah diatas,maka kita ini telah di beri amanah oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah.Tapi apakah kita telah menunaikan amanah di muka bumi ini?? Ataupun hidupnya kita hanya merosakkan islam?? Renung2kanlah