Selamat datang ke blog ini

Saturday, May 29, 2010

3 GOLONGAN MANUSIA

Apabila kita mengadakan kenduri kahwin,3 golongan manusia yang akan menghadiri kenduri kita.Golongan pertama adalah mereka yang di jemput dengan panggilan melalui mulut atau hebahan daripada jiran-jiran sebelah rumah dan mereka ini terdiri daripada sanak-saudara kawan-kawan kita serta jiran sekampung,mereka tidak perlu di beritahu dengan menggunakan kad jemputan dan mereka datang memang untuk bekerja dan menolong kita semasa kenduri tersebut.

Golongan kedua mereka yang di beritahu dengan menghulurkan kad jemputan kenduri dan golongan ini akan datang pada waktu tengahari,pada masa ini makanan baru sahaja siap dan masih berasap,mereka datang tepat dan terus makan dengan lahap sekali.Akhirnya golongan ketiga adalah golongan yang datang bersama rombongan pengantin,mereka akan duduk di meja yang paling baik dan makan lauk pengantin kekadang selepas makan terus balik,tuan rumah pun mereka tak sempat nak bersalaman.




Ini lah perumpamaan 3 golongan manusia yang datang ke masjid, apabila azan dilaungkan golongan pertama tadi akan terus menuju ke masjid tanpa di paksa atau pun di suruh,maka golongan ini adalah golongan yang Allah SWT akan memberi kerja untuk menjaga dan memelihara Islam.Golongan kedua adalah mereka yang datang ke masjid apabila ada kuliah atau program apatah lagi selepas kuliah itu ada jamuan makanan,jika kuliah tiada maka batang dan lubang hidung pun tiada.Akhirnya golongan yang ketiga adalah mereka akan kemasjid apabila ada pembesar dan menteri datang,maka golongan yang ke tiga ini adalah golongan manusia yang paling tidak berguna sekali.



Justeru itu,marilah sama-sama kita menjadi golongan pertama tadi apabila azan di laungkan terus berlari 100 meter ke masjid tanpa banyak bicara.Maka golongan pertama ini di beri jaminan oleh Allah SWT untuk jaga dan memelihara agama melalui tangannya.Mereka ini yang bakal memperjuangkan dan menegakkan agama Allah ini di tingkat teratas.Dunia tidak melalaikan mereka kerana mereka tahu barang yang di kejar adalah benda yang jauh sekali.Akhirat adalah matlamat yang di rebut demi mengapai redha dari-Nya.

Cuba kita bayangkan jika kita berhutang dengan orang,maka orang itu tengah cari kita,pada masa itu apa yang kita rasa?mesti kita rasa seolah-olah orang yang cari kita itu berada dekat sangat dengan kita,betul atau tidak?

Friday, May 21, 2010

MUHASABAH UNTUK SHBT..



wahai para pejuang islam
ingin ana ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah sekalian
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah terutamanya diri ini..
Di antara antum ada yang sudah berjuang brtahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
Ingin ana bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan kemana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?
ana harap nilai semula perjuangan saudara!
Perbetulkan hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang..

Monday, May 17, 2010

19 KEISTIMEWAAN WANITA




1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yangsoleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpamaorang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkanAllah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anakNabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuanatau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsandalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwaserta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablahpanggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintuyang dia kehendaki dengan tidak dihisab.




11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginyaselama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintusyurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWTmemasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWTmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

sahabat




“Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih sayang dari orang lain”

“Kerinduann kpd sahabat adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, karana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego”

“Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya”

“Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinnya”

“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri”





“Dalam masa kesenangan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah setiap terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda??. Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai??”

“Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satupun yang dapat anda berikan??. Merekalah sahabat-sahabat anda”

“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Karana seorang sahabat akan lebih dekat dari pada saudara sendiri”

Monday, May 10, 2010

hAnYa sEbUaH cInTa...



jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….

jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…

namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta………