Kadang2 diri ini tertanya-tanya kemana semua naqib di waktu pagi ini?? Adkah seorang naqib masih di lena dibuai mimpi?? @ sedang bermunajat kpd Allah seorang diri..INsyaAllah sedang bermunajat seorang diri dengan Maha Pencipta. Jika dilihat Bilangan ahli Jemaah di masjid tdk menentu.Ada hari yang ramai dan ada juga hari yang sedikit.Macam bermusim plak.
Bagaimana kita handak membentuk anak usrah jika subuh pn kita kantoi??
Pernahkah kita terfikir “kenapa anak usrah aku xnk dtg usrah??”
Pernah xkita terfikir “bagaimana pandangan anak usrah kpd aku??”
pernahkah kita terfikir “bagaimana pandangan mad'u ter’hadap aku?? “
persoalan ini perlu dijawab oleh diri kita sendiri.Kita mahukan yang terbaik untuk anak usrah kita tetapi kita? Dalam usrah bukan main g menceritakan mengenai indahnya islam.habis semua dalil yang di baca tetapi bab sembahyang subuh berjemaah terkedu seketika.
Tdk adakah sedikit dalam diri kita perasaan malu terhadap mad’u-mad’u kita? Jika tdk ada malulah lah dengan Allah.Kita meminta adk2 untuk solat secara berjemaah tetapi kita? Diri ini cukup-cukup malu apabila seorang adik usrah yang bertanya mengenai kehadiran naqibnya ke masjid.Siapa yang lebih perlu ditarbiyyah?? naqib @ anak usrah??
Walaupun kita tdk mampu untuk bangun subuh tetapi berusahalah untuk mencapai kearah itu.Hari ini mungkin kita dapat bangun pkl 6:30 pg tetapi cuba kita kunci jam pkl 6:20 plak.InsyaAllah Allah akan melihat usaha kita.Yang paling penting ialah “niat untuk bangun awal ”.”berubahlah kea rah yang lebih baik”. Diri ini menegur akan diri sendiri dan juga sahbt2.Kerana telinga tuan yang bercakap lebih dekat drpd orang yang mendengar dan jari yang menulis akan mula2 di seksa jika menulis sesuatu yang ia tdk lakukan. Moga ia dapat menjadi motivasi terhadap diri ini.
RUMAHKU SYURGAKU
6 years ago