Hari ini sering kita lihat seseorang itu islam pada nama sahaja tapi apabila ditanya pasal islam langsung tidak tahu apa yang ingin dijawab… itulah mateliti yang ada pada umat islam zaman sekarang.Apakah kita rasa kita nie tidak bertuah kerana dikurniakan islam sejak dari lahir lagi?? Jika ingin di bandingkan dengan muallaf yang merasa mereka amat rugi kerana baru memeluk islam.tetapi kita pada hari ini setelah dikurniakan islam banyak perkara yang kita lakukan untuk menjatuhkan imej islam itu sendiri.Apakah kita tidak malu dengan orang yang menyebarkan islam?? Sebagai umat islam kita wajib untuk berdakwah Seperti firman Allah:-
“kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.sekiranya ahli kitab berfirman tentulah itu lebih baik bagi mereka,di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah yang fasik”
Menerusi ayat ini kita dapat lihat bahawa kita disuruh mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Disini bukan sahaja umat islam yang perlu kita seru supaya melakukan kebaikan tetapi termasuk juga orang bukan islam.Jadi apakah kita tidak malu jika seorang kristian menanyakan kita mengenai islam.Apakah kewajiban berdakwah itu kita tidak mahu lakukan dan apakah kita mampu menceritakan apa itu islam?bagaimana seorang muallaf itu lebih tinggi ilmunya mengenai islam sedangkan kita yang sudah islam sejak lahir lagi tetapi tidak mengetahui apa2 mengenai islam. Astaghfirullahhala’zim.cermin diri,hiasi peribadi serta muhasabahlah diri…
RUMAHKU SYURGAKU
6 years ago
No comments:
Post a Comment