Selamat datang ke blog ini

Sunday, June 21, 2009

betul ker kita nie islam??

Hari ini sering kita lihat seseorang itu islam pada nama sahaja tapi apabila ditanya pasal islam langsung tidak tahu apa yang ingin dijawab… itulah mateliti yang ada pada umat islam zaman sekarang.Apakah kita rasa kita nie tidak bertuah kerana dikurniakan islam sejak dari lahir lagi?? Jika ingin di bandingkan dengan muallaf yang merasa mereka amat rugi kerana baru memeluk islam.tetapi kita pada hari ini setelah dikurniakan islam banyak perkara yang kita lakukan untuk menjatuhkan imej islam itu sendiri.Apakah kita tidak malu dengan orang yang menyebarkan islam?? Sebagai umat islam kita wajib untuk berdakwah Seperti firman Allah:-
“kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.sekiranya ahli kitab berfirman tentulah itu lebih baik bagi mereka,di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah yang fasik”
Menerusi ayat ini kita dapat lihat bahawa kita disuruh mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Disini bukan sahaja umat islam yang perlu kita seru supaya melakukan kebaikan tetapi termasuk juga orang bukan islam.Jadi apakah kita tidak malu jika seorang kristian menanyakan kita mengenai islam.Apakah kewajiban berdakwah itu kita tidak mahu lakukan dan apakah kita mampu menceritakan apa itu islam?bagaimana seorang muallaf itu lebih tinggi ilmunya mengenai islam sedangkan kita yang sudah islam sejak lahir lagi tetapi tidak mengetahui apa2 mengenai islam. Astaghfirullahhala’zim.cermin diri,hiasi peribadi serta muhasabahlah diri…

Zina

penulis harap antum semua dapat meluangkan masa sekejap sahaja untuk kita faham konsep zina dan kepada sesiapa yang rasa bende ini x penting abaikan…. kerana ini brkait dgn d akhirat kelak

zina….apa yang dimaksudkan dengan zina?? jangan menyempitkan pemikiran kita dengan mntafsirkan zina itu persetubuhan yang brlaku diantara lelaki dan perempuan…zina juga boleh berlaku dengan kita brcouple… kenapa pula?? untuk pengatahuan semua rasulullah pernah besabda :-
“Telah ditetapkan atas manusia bahagiannya dari zina. Ia pasti
mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga
adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara ,zinanya tangan adalah
meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan
berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.”
Apa itu zina hati?? zina hati adalah zina yang sering kita lakukan..zina hati itu adalah zina dimana kita tringat kan perempuan @ memikirkan prkara2 mngenai sex dan kita berkeinginan untuk melakukannya… sebagai contoh, kita bemsg dengan awek kita… memang kita rasa prkara itu biasa..tapi kita kena ingat apabila kita brmsg dgn awek kita, maka kita psti akan tringat kan die..sehingga menyebbkan nafsu kita tergoda…betul @ tidak??renungkan sendiri..lebih baik kita kehilangan kawan wanita daripada kita kehilangan syurga di akhirat kelak…. manakala zina mata pula, Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya …maka itu adalah zina mata… kalau nak bercakap pasal pelajaran?? itu boleh tapi jangan sampai kita merenung die dgn lama sehingga menyebabkan kita bertukar niat… itu biasa berlaku di kalangan kita…..zina tangan?? ape plak nie.. klu kawan2 nk thu zina tangan ini bukan sahaja dengan meraba bahagian tertentu sahaja tetapi bersentuhan tangan diantara yang bukan muhrim… contohnya Abdullah bersalam dengan mashitah untuk mengeratkan silaturrahim maka itu dinamakan zina tangan.. kita boleh tengok sendiri dengan bersalam sahaja sudah dinamakan zina tangan bagaimana pula kita memengang tangan perempuan @ sebaliknya dengan sengaja…renung-renungkanlah…zina lidah pula ialah dengan menyebut perkara2 yang x elok seperti mengumpat,menghina orang dan sebagainya…zina kaki pula boleh brlaku apabila kita melangkah ke tempat2 maksiat.. contohnya kita nak pergi ke konsert amal tetapi d situ dia tidak mengasingkan di antara penonton lelaki dan perempuan. itu juga dinamakan zina kaki…..jagalah niat kita walau dimana kita berada.. dan yang terakhir adalah zina telinga dimana kita mendengar orang mengumpat..
Justeru itu, untuk menjaga diri kita daripada menghampiri zina maka kita perlulah menjaga batas pergaulan kita… memang betul susah untuk kita menjaganya bahkan saya sendiri sentiasa terjebak dalam zina… maka saya harap kita dSapat tegur menegur diantara kita…

kepada sesiapa yg x faham…bolehlah brtanya saya..InsyaAllah saya dapat mnjawabnya…
saya lakukan ini bukan nk berlagak tetapi nk bagi peringatan kepada semua umat islam kerana kita adalah bersaudara… dan kita sering lalai…

Terjemahan qunut nazilah

Ya Allah, Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjinganjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksaka!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka....