Selamat datang ke blog ini

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Pembaca2 sekalian bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam

Kemuliaan Ramadhan

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

*Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

Tuesday, August 11, 2009

Ujian Allah

Hmm…sering penulis merenung kenapa la susah sangat org nak dengar cakap kita?? Maybe jalan dakwah yang penulis amalkan salah kot..tapi x kan lah hari2 cakap pn x dengar jugak… begitulah hari2 perasaan penulis nie.. hari2 kena peringatkan pasal sembahyang,maksiat dan sebagainya tapi sahabat2 penulis buat endah x endah jer.. beratnya jalan dakwah yang engkau berikan pd ku YaAllah!!! Mungkin mereka x tahu bertapa seksa nye azab engkau YaAllah.YaAllah aku bermohon berikanlah hidayah serta kesedaran kpd sahabt2 ku YaAllah supaya mereka tahu bertapa pentingnya mencari keredhaan mu YaAllah..penulis selalu muhasabah diri penulis pada setiap malam dan mncari jalan penyelesaian bagaimana untuk mengubah sahabat2 penulis nie…mungkin mereka x pernah rasa azab Allah lagi sebab 2 lah mereka suka2 jer buat maksiat tapi bila mereka pernah kena.. penulis rasa sembahyang lewt 1 saat pn dah rasa lewt..masyaAllah hebatnya azab Allah. teringat penulis akan ayat al-quran yang bermaksud
“Sesungguhnya orang2 yang ingkar tephadap ayat2 kami kelak akan kami masukkan kedalam neraka..setiap kali kulit mereka hangus lalu kami akan digantikan dengan kulit baru supaya mereka benar2 merasakan azab.sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”..
Penulis rasa mereka faham akan islam tapi x praktikkan dalam kehidupan seharian..Itula masalah yang dihadapi oleh masyarakat islam zaman sekarang..penulis bukannya menujukan bende ini kepada sesiapa pun tetapi diri penulis ini sendiri..sedih penulis bila memikirkan nasib2 kita semua di akhirat kelak..YaAllah aku hina di hadapanMu ,aku selalu melakukan maksiat YaAllah tapi YaAllah aku mohon YaAllah berilkanlah hidayah kpd ku agar di kuatkan iman yang lemah ini…penulis ingin menasihati diri penulis sendiri supaya tidak terleka dengan godaan dunia nie..sesungguhnya orang yang menasihati orang perlu melihat dirinya sendiri dahulu supaya tidak berlakunya fitnah.

Sembahyang di akhir waktu.

Renungan Kita Bersama. Sembahyang Akhir Waktu. Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.

Kisahnya... Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya. MasyaAllah.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit kedua. Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita.

Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah.. Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Ish. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dah lah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin. Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib. ataupun yang sengaja meninggalkan solat.. ataupun dan biasa tinggal solat... renungilah.

“Sesungguhnya dunia ini ibarat neraka bagi orang yang bersyukur manakala syurga bagi orang yang tidak kenal penciptanya”

Sunday, August 9, 2009

Hidup Sebagai Yatim Piatu

ak anak yatim...
ibu bapa ak telah lama mnggal
akibat kjahatn ktua kg ku....
hidup ku serba kkurangan.....
pd sautu hari yg dingin.
kemarahan ak trbankit mngigati ibu bapa
ak... ak telh mmbuat kputsan utk mmbalas dendam...
dgan prasaan ak yg mmbara ak tlah
pergi ke rumah ktua kmpng utk mmblas dendam. stiba nya ak d situ....
blum lg smpat ak mmberi slam..
ak telah dicaci dan dhina...
x ckupm dgan dcaci dan dhina..
ak dtampar dan d sembur gas bracun...
nasib ak baik kerna sempat mlari kn diri... AK X MNGERTI ADAKH AK YANG BRDOSA????? HINA KH AK SBAGAI SEEKOR NYAMUK AEDES????

Cuti H1N1

Salam… apa khabar pembaca2 sekalian?? Harap2 chat lah yer..huhuhu.. boring sungguh cti minggu lps nie?? Cti pe erk?? H1N1..huhuhu.. byk universiti2 yang terpaksa di tutup disebabkan virus ini..bahaya ker virus nie?? Memang bahaya..Disebabkan virus ini,ramai yang telah mati..jadi berhati2 lah dengan virus ini.
Hari selasa baru2 nie,penulis telah pergi ke klinik disebabkan ayah penulis khuatir penulis nie terkena juga virus nie..maklumlah mse 2 penulis selsema..huhu..ajat mls jer nk pergi sebab di ump penulis dah check da..tapi disebabkan 2,3 kali ayah penulis suh g,maka terpaksa la g..huhu..
Mula2 sampai penulis tengok ada satu meja di depan klinik dan diatas meja itu ada di tulis tempat check virus H1N1.penulis pergi la kat meja 2.Pas2 kta nk check H1N1..jururawat 2 pn Tanya dtg dari mna..penulis bgtau jer la ump.Jururawat 2 pn terus bg penutup muka 2 dan di suruh pakai..huhuhu.. memang malu mse 2 sebab penulis sorang jer yang pakai..heheh..sume org pandang..
2 minit kemudian penulis di panggi untk jumpa doctor.doktor Tanya jka penulis nie da sakit pe2..jadi penulis bgtau ,penulis nie haya ada selsema jer..doktor pn mula la check..3 minit kemudian doctor kta penulis x kna..alhamdulillah…dan penulis meminta tuk bka penutup mka 2. tapi doctor x bagi dan menceritakan kebaikan pakai penutup muka 2..kta die bla pakai benda 2, dapat mengelakkan diri daripada di jangkiti virus H1N1 sebab kta menutup hidung dan mulut kta..huhu..baru la penulis sedar bertapa penting nyer pakai penutup muka 2..pas2 doktor 2 bagi satu tips supaya x kena virus H1N1. Die kta banyak kan minum air masak dan air 100 plus supaya antibody kita kuat..dan bla nak terkena virus nie badan kta dapat lawannyer..
Last skali penulis terpaksa la menunggu ubat di kaunter..mse syok tunggu ubat 2 tiba2,muncul 2 muslimat dari sekolah lama penulis..huhu malu nyer…penulis buat x knl jer..x tau la die Nampak ker x..huhu..bukan nyer ape klu dieorg tahu 2 yang tutup muka 2 penulis pasti heboh yang penulis nie kna H1N1..biasa la tanggapan org melayu bla tengok org pakai penutup muka jer anggap die nie seorg yang berpenyakit. Padahal org nk mencegah jer..huhu..tapi bukan sume org melayu cam 2..sesetangah jer..jangan marah yer..hehe..setakat 2 jer perkongsian penulis..insyaAllah lain kali penulis cerita lagi.