Selamat datang ke blog ini

Sunday, June 12, 2011

para wanita sekalian

ramai yang memakai tudung tetapi adakah tudung yang dipakai lulus dari segi syariat ataupun memakai tudung sekadar memenuhi syarat. Allah swt tidak pernah bertujuan untuk menyusahkan manusia. tetapi manusialah yang akan menghadapi kesukaran jika mereka tidak mengikut peraturan yang telah ditunjukkan oleh Allah di dalam al-Quran.

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.."ayat al-Quran surah an-nur: 31





WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.

Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.
Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan diri sehingga dapat menarik para lelaki ketika berada di luar rumah.

Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada pandangan lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.

hai para wanita, kamu sekalian cukup mudah untuk masuk ke syurga Allah dan lagi mudah untuk masuk ke neraka Allah..

Sunday, May 15, 2011

1000 Ringgit Malaysa vs 1000 dinar

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Thursday, March 17, 2011

kosep tawakkal dalam islam

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah Ya Rahim yang masih sudi memenjamkan nyawa kepada untuk sama-sama kita memperbaiki diri kita.Syukur juga kepada Allah Ya Bari’ kerana telah mengatur kita sehingga kita dapat menikmati nikmat2 Allah..Marilah sama-sama kita menghargai nikmat-nikmat yang di berikan.

Sahabat-sahabiah sekalian,

InsyaAllah di sini ana ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan “Tawakkal yang sebenar”.Ada orang menganggap bahawa tawakal adalah sikap pasrah tanpa melakukan usaha sama sekali. Contohnya dapat kita lihat pada sebagian pelajar yang keesokan harinya akan menghadapi peperiksaan akhir. Pada malam harinya, sebagian dari mereka tidak sibuk untuk menyiapkan diri untuk menghadapi ujian esok lebih-lebih lagi apabila mereka melihat course work yang rendah. Lalu mereka mengatakan, “Saya pasrah saja, esok mungkin Allah akan membantu saya.”

Betul ker tawakkal macam nie?? Bagi yang memiliki tahap ilmu yang tinggi mereka akan mengeluarkan dalil “Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan)……………………………” sehingga mereka khusyuk dengan kerja islam dan mengabaikan amanah belajar.nauzubillah.

Pejuang-pejuang islam yang dimuliakan Allah sekalian ,

Tawakal adalah seseorang yang menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan segala urusannya hanya kepada Allah SWT selepas berusaha.Sebagai contoh , kita akan menghadapi final exam pada keesokan hari dan kita study lebih 4 jam dari kebiasaan.Kemudian kita melakuakn solat hajat dan menyerahkan diri kepada Allah tanpa bimbang mengenai subjek tersebut.

Al Munawi pernah berkata, “Burung itu pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali ketika petang dalam keadaan kenyang. Namun, usaha (sebab) itu bukanlah yang memberi rezeki, yang memberi rezeki adalah Allah Ya Razak. Hal ini menunjukkan bahwa tawakal tidak harus meninggalkan sebab, akan tetapi dengan melakukan berbagai sebab yang akan membawa pada hasil yang diinginkan. Karena burung saja mendapatkan rezeki dengan usaha sehingga hal ini keperluan pada kita untuk mencari rezeki.

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Samalah juga seperti masalah yang di hadapi oleh jemaah kita sekarang, iaitu “subuh”. Kita terlalu banyak tawakkal dari usaha.Cadangan dalam SS dah terlalu banyak untuk kita berusaha bangun subuh.Tetapi bagaimana dengan kita?

Usaha + tawakkal = keredhaan Allah

Untuk yang terakhir marilah sama-sama kita mencari keredhaan Allah bagi mencapai tahap tawakkal yang sebenar.

Sunday, February 27, 2011

-- Syg Allah Tiada tandingan --

Kita akan merasa kecewa jika kita meletakkan manusia di dalam hati.manusia tidak layak sama sekali di letakkan didalam hati.Tetapi manusia hanya layak di letakkan di dalam genggaman tangan.Jika die hendak pergi kita dengan mudah membuka genggaman tangan dan membiarkan ia pergi.Yang paling layak berada di dalam hati kita adalah Allah.Kerana Allah Ya Rahim tidak pernah mengecewakan kita.



Jika kita mempunyai masalah mintalah kepada Allah Ya sami’ kerana ia Maha mendengar rintihan kita.Allah Ya Ghaffar sentiasa memaafkan kita jika kita bertaubat.Ingat jika ada orang membuat salah dengan kita, kita masih banyak salah dengan Allah.Kita juga mengharap orang memaafkan kita begitu juga dengan orang lain.Jika kita tidak dapat memaafkan orang lain ia terhalang daripada dosa-dosa kita.

JIka kita merasakan banyak dosa yang telah kita lakukan mintalah kepada Allah Ya Quddus dan Ya Jalil kerana ia mampu menyucikan dan menjernihkan hati kita.

Wednesday, February 16, 2011

Renungan Bersama

Dah lama penulis tidak menulis di dalam blog ini.Mungkin terlalu lalai dengan dunia yang selalu menghanyutkan kita.Tapi itu bergantung pada diri kita samada kita boleh atau tidak menempuhi dugaan yang sentiasa hadir tanpa di duga.

JIka di fikir balik, adakah kita layak untuk memasuki syurga Allah?? Marilah sama-sama kita renung sejenak dimana kita akan ditempatkan selepas mati?? Sahabat2 mesti dapat menjawab sendiri.
Adakah kita layak masuk syurga Allah sedangkan sembahyang pn tak ckp??
Adakah kita layak masuk syurga Allah sedangkan kita bergelumang dengan maksiat ??
Adakah kita layak masuk syurga Allah sedangkan kita sentiasa lupa kpd Allah??

Smoga kita sama2 dapat ambil iktibar dari tulisan ini.

Sambutan Maulid

Salam... perarakan di peringkat ump telah berlangsung pada 16/2/2011.nie gambar2 yang dapat posing lepas perarakan..huhu


penulis , amirul , abg bazli & amar



azeem , amirul & penulis



with my brother


penulis , abe & amirul