Selamat datang ke blog ini

Wednesday, July 29, 2009

Adakah musibah itu satu tarbiyyah??

Salam…pertama dan selama lamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih diberi nyawa untuk kita menyambung hidup kita pada detik ini.Tapi kita tidak boleh terleka kerana mungkin hanya sedetik sahaja lagi nyawa kita akan diambil olehNya..disini penulis ingin berkongsi sebuah cerita di mana cerita ini tentang penulis sendiri. Penulis ingin mencari jawapan adakah musibah itu satu tarbiyyah???
Pada minggu lepas tiap2 ari kakak penulis call kerana mak pergi hospital kna masukkan air ke dalam badn.Tapi pada ari jumaat baru2 nie kakak beritau penulis yang mak kna tahan di wad disebabkan keadaannya yang semakin teruk.saya agak terkejut dan membuat keputusan untuk pulang ke rumah pada malam itu juga.Tapi masa 2 memang dh x der duit di sebabkan ptptn x masuk2 g.nasib baik la ade kawan yang baik die sediakan kete untk g terminal,bli tiket, siap bagi duit g..Alamdulillah….semoga Allah berkatinya..
Sampai jer terminal penulis rasa takut maklumlah dah lewat takut kehabisan tiket..tapi Alhamdulillah ade lagi tiket kul 12..penulis suh kawan2 balik dulu sebab jam baru menunjukkan kul 9 lebih. Tapi dieorang bimbang kan saya.Susahnya dapat kawan cam nie zaman sekarang..tapi setelah di paksa beberapa kali dieorang menyerah sebab saya tahu dieorang banyak kerja.. (maaf yer sahabat2). Kul 12, bas sampai dan sya terus naik bas.dalam bas 2 tido la pe g..sampai jer kb baru la terjaga.dalam kul 6 gak la sampai.pas2 bunyi azan n penulis terus g sembayang.abis jer sembahyang bas ke kuala krai pn sampai..Alhamdulillah la cpt sebab penulis dah x sabar2 nk tengok keadaan mak cam ner.. huh memng khusyuk r tido dalam bas!! nasib baik bas bergoyang kuat mase nak sampai kt kmpung penulis.. klu x memng dah terlepas da..huhuhu.. sampai jer kat umah.. brehat jap..akak jer yg ade.. abah keluar jap.. Lps abah balk memg kne tazkirah r..duit2 x der blk gak..huhuu…tapi x pe…
Lps siap mandi jer penulis terus g hspitl nak jenguk mak..Setibanya penulis di katil mak,mak kelihatan agak sedih sehinggakan menitis air mata. penulis jga x dapat menahan sebak…nak Tanya mak pasal aper blh jd cam nie mak x leh berckp.Jadi terpaksalah 2gu akak dtg..ari2 penulis banyak gak bribadt pada Allah..mungkin ini satu tarbiyyah bagi penulis supaya tidak terlalu leka dengan dunia nie..Alamdulillah.. petang 2 mak ok ckit tapi lps asar mak panggil nurse.penulis ingat kan kenapa ..tiba2 mak kata die x leh nak bernafas.. penulis memng terkejut dan menitis air mata..penulis dengan cepat2 menyuruh kakak dan abah datang.. masa 2 memang genting sampai semua mak saudara dtg…mak Nampak mcm dah x berdaya…semua baca ayat2 al-quran..sampai lps magrib mak jd mcm 2..lps 2 alhamdulillah ok ckit.. keesokan hari kakak penulis yang seorang lagi blk..nasib baik la kakak blk klu x rasenye dah pengsan penulis nie sebab x ckp tido…
Mlm 2 kakak yang jaga…pada keesokan hari penulis dah nk blk ump… memang x sanggup nak tinggalkan mak tapi ape blh buat…lps subuh jer penulis terus pergi hospital skali ngn abah tuk jumpa mak.. Alhamdulillah mak tahan ckit..sblm meninggalkan mak,mak banyak berpesan supaya baca yassin tuk die… insyaAllah mak..anak mak akan ingat pesan mak 2.. kna 2gu bas plak nie… pejam celik pejam celik dah sampai kuantan..huhu..Alhamdulillah da abang senior datg amik..baik la kwan2 penulis kat ump nie.. moga Allah sentiasa merahmati mereka… amin…
Huh 3 jam skali penulis call kat akak supaya tahu keadaan mak cam ner.. mujur la mak x de ape2.. masuk ari kelima mak duk hspitl dr benarkan mak pulang..alamdulillah..kakak bukan main gembira lagi call..huhu.. tapi slps isyak kakak call suh baca yassin..saya ingat knapa..tiba2 kakak kta mak x leh b’nafas pula...saya memag terkejut sampai terkeluar air mata..mse 2 ada usrah ngn adik2 baru.. terpaksalah tinggalkan mereka…nasib baik ade abg bazli..maka berjaln lah usrah 2.. penulis terus balik rumah dan baca surah yassin dan al-mulk dan berdoa semoga mak cpt sembuh.. lebi kurang kul 12 penulis talifon kakak dan Tanya pasal mak..kakak kata mak dah ok dan sedang tidur..alhamdulillah..
Setakat itu sajalah cerita yang dapat penulis kongsikan bersama.. penulis tahu mungkin musibah ini boleh dijadikan tarbiyyah kpd diri kita sendiri.. wassalam

Tuesday, July 28, 2009

<< kawan >>

1)kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula ta
ngkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.. Waktu baru beli pakai.. Dah sengkek gadai..
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi..... kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau pew pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.



Ehem ehem...so agak-agaknye siapa kat sini kawan saya? Innocent

Thursday, July 16, 2009

israk mekraj

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”



Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :


“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).




Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.
Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.
Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.