Selamat datang ke blog ini

Tuesday, October 13, 2009

empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah

salam..da penghujung syawal daa..cpt benor mase brlalu..hmm di sini penulis nk brkongsi sedikit mengenai empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat kelak..

Jadilah kita empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat kelak sebagaimana Allah berseru di dalam hadis Qudsinya : ” Dimanakah orang yang saling berkasih sayang keranaKu, yang saling ziarah menziarahi keranaKu, yang saling duduk keranaKu dan saling nasihat menasihati keranaKu, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naunganKu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganKu..”.
Beruntunglah kalau kita termasuk dari empat golongan tadi. Hari ini kita berkasih, berziarah, duduk atau memberi nasihat bukan kerana Allah. Jadi bagaimana Allah nak bagi naungan rahmatnya pada kita.Kita betulkan niat dan matlamat kita untuk cari keredhaan Allah dari mencari keredhaan manusia.
Hari ini dunia dah terbalik, bila kita ambil neraca yang bukan neraca Allah. Dalam satu hadis nabi seorang sahabat pernah berkata: ” Sesunggguhnya kamu banyak melakukan amalan yang kamu pandang ringan lebih ringan dari sehelai rambut sedangkan kami pada masa Rasulullah S.A.W menganggapnya sebagai dosa besar..”.
Kenyataan hadis ini terbukti sebagaimana kita lihat pada hari ini. Kalau dulu solat jamaah merupakan amalan yang utama dalam kehidupan umat islam, tetapi sekarang sudah tidak dihiraukan. Kalau dahulu, majlis ilmu dan para ulama diberi tempat dan kedudukan yang tinggi tetapi sekarang artis dipuja dan disanjung. Kalau duhulu menghormati orang yang lebih tua menjadi kebiasaan tetapi sekarang yang muda tidak endahkan yang tua. Fikir-fikirlah apa yang berlaku di sekeliling kita.
Kita pelajar ipt sepatutnya perlu berfikir sebagai pemimpin bukan berfikir sebagai orang yang dipimpin. Pemimpin ada vision, ada idea, berfikir untuk umat bukan fikir benda remeh temeh, berminda picisan.
Apabila kita diberi amanah untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang, ditempatkan di ump ini, maka kita mengabaikannya merupakan satu pengkhianatan. Pengkhianatan kepada bangsa sendiri bahkan yang lebih teruk mengkhianati agamanya.Berubahlah..hanya orang berubah akan terselamat dan sampai ke destinasinya. Orang yang tidak berubah, tidak bergerak pasti akan tenggelam , karam dalam lautan.

No comments:

Post a Comment