Selamat datang ke blog ini

Wednesday, December 30, 2009

Sambutan Tahun Baru



KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta bertentangan dengan syarak.

Bahkan di sesetengah perhimpunan tersebut ia dicemari dengan aksi pergaulan bebas di antara kaum lelaki dan perempuan, pesta tari-menari, penggunaan pakaian yang menjolok mata bahkan adakalanya minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu kedatangan detik 12 malam yang menunjukkan masuknya tahun baru.




Maka sorak-sorai serta jerit-pekik gembira bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12. Hiburan-hiburan berunsur maksiat ini akan berterusan sehingga ke pagi hari. Ini sebenarnya budaya kaum yang ingkar kepada perintah Allah yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa ini.

Budaya sebegini begitu giat dipropagandakan di negara-negara Islam melalui serangan ideologi oleh musuh-musuh Allah agar umat Islam terpesong daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Hakikatnya, kita telah diperingatkan tentang niat buruk golongan ini melalui Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." (al-Baqarah: 120)



Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan ramai yang bukan sekadar terlibat dalam upacara sambutan tahun baru ini malah ada juga yang menganjurkan, mempromosikan dan menggalakkan sambutan hari tersebut. Sebenarnya terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Quran mahupun sunah yang melarang perbuatan menyerupai tingkah-laku kaum yang menolak agama Allah di dalam perkara yang menjadi sifat dan khusus bagi mereka. Termasuk dalam perkara seumpama ini adalah meniru mereka dalam menyambut hari-hari perayaan dan pesta-pesta mereka.

Tuesday, December 15, 2009

Hiburan & Teladan





di suatu desa hiduplah seorang saudagar kaya bahkan paling kaya di desanya.suatu hari si saudagar itu ingin mengadakan satu majlis dan diundanglah semua masyarakat tanpa terkecuali.si saudagar mengatakan kepada semua yang hadir bahwasanya barang siapa yang berjaya melewati kolam yang ada ular dan buaya ini akan aku nikahkan dengan anakku dan akan mendapatkan separuh drpd hartaku,akan kuberikan 40 sawah,si saudagar belum selesai bicara tiba-tiba seorang pemuda terus melompat ke dalam kolam dan berenang menyebrangi kolamnya semua mata tertuju kepada si pemuda itu dan akhirnya pemuda tiba di tepi kolam dengan lelah sekali dan tubuh penuh luka,kemudian si saudagar bertanya hai pemuda kamu mahu hadiah yang mana satu?? pemuda itu hanya menggelengkan kepala. kamu tidak mahu menikah dengan anakku,pemuda hanya menggelengkan kepalanya.kamu tidak mahu dengan hartaku,sawahku,pemuda hanya menggelengkan kepala terus apa yang kamu mahu?? kemudian pemuda menjawab!! aku hanya ingin tau siapa yang menolak aku tadi ke dalam kolam??
dari cerita tersebut dapat diambil pelajaran bahwasanya untuk melakukan sesuatu kita memerlukan dorongan dari orang laen.

Tuesday, December 8, 2009

Musim CuTie..

Salam…
Apa khabar pembaca2 sekalian?? Penulis harap antum semua berada dalam keadaan chat… hmm sekarang dah masuk 2 minggu musim cuti semesta, jadi bagaimana dengan cuti kita?? Adakah selama 2 minggu ini kita manfaatkan cti kita dengan membuat perkara2 yang berfaedah?? Ataupun sekadar tidur dan makan sahaja di rumah!!!!! Penulis harap antum semua telah memanfaatkan cti ini.. Baru2 nie penulis ade mendengar satu pengisian ilmu drpada seorang sahabt dan dia menyentuh mengenai “pengisian yang bermanfaat di musim cuti ini”..

Mesti bosankan cuti nie sebb musim hujan bagi di negeri pantai timur..x leh la nak g jaln2..huhu.. Jadi di sini penulis ingin berkongsi mengenai perkara yang boleh dibuat ketika cuti ini..





1.Membaca buku2 yg ilmiah
•Sebagai contoh kita membaca yg boleh menambahkan keyakinan kita terhadap Allah ataupun buku yg boleh menambah kefahaman kita terhadap islam .cth buku “Apa erti aku menganut islam,kitab fekah mazhab syafie dr jilid 1-8 yang ditulis dalam bahasa melayu,….”
•Kita juga boleh membaca buku2 subjek yang akan di ambil pd sem yg akan datg..



2.Menginap di mana2 pondok
•Di musim raya baru2 nie pondok2 telah ditutup dan di buka pada 6/12/2009.Nie bagi pondok Hj deraman sg durian kualai krai klantan jer yer..pondok lain x tau plak..sbb pondok nie dkt ngn umah penulis..huhuhu..kalau antum ade rasa2 nk g ke pondok bolehlah merancang dalam cuti nie sebb banyak bende yg kita akan dapat jika kita berada di pondok..




3.Menghadiri @ mendengar kuliah2 agama
•Jika terdapat majlis2 ilmu seperti tazkirah @ kuliah agama marilah sama2 kita menghadiri kuliah ini..Ini bagi menambah kefahaman kita tentang sesuatu perkara.


Perkara2 ini pasti sukar untuk di lakukan oleh kita semua kerana di rumah banyak perkara yang menghalang kita untuk mebuat perkara2 di atas.Terutama sekali pada musim hujan ini.Penulis juga akui, penulis sendiri sukar untuk membaca buku dalam musim hujan ini kerana sering mengantuk..maklumlah musim hujan..(sejuk..huhuhu)..Tetapi untuk menjadi seorang muslim yang mukmin kita mesti dapat melawan nafsu mahupun syaitan yang dapat mengalahkan iman kita..

Di UMP VS RUMAH

Ini dibuat ketika boring2 duk rumah ari2..huhuhu..kalu yg bertentangan ngn antum jgn marah yer…





Kul 5:30
di ump: man jom gi masjid dah nak msk subuh nie (kat sini aku ade kawan jd ade la orang nk ingatkan aku)
di rumah: (kringggggg..bunyi jam loceng) hmm x pelah bukan kwn aku tahu pun aku x g masjid

(kadang2 kita buat sesuatu ibadah kerana mahu dilihat sempurna di mata kawan2.. dan ingat lah jadikan sembahyang subuh dan isyak berjemaah sbg suatu benda yg wajib kerana rasulullah pernah berkata sesiapayang x pergi solat subh & isyak secara berjemaah dikira munafik )

Kul 8 pg
di ump: man bangun ade kls kul 9 nie..(Alhamdulillah nasib baik ade org kejut)
di rumah: laa baru kul 8..ngantuklah..sambung tido lah..
(biasanya dirumah kita akan tidur jika x tahu nak buat ape2 dah… nie la tabiat kita sehinggakan menjadi amalan bila sampai ke ump nnti..)

Kul 12 tgh
Di ump: Alhamdulillah abis pun kls..jom gi makan
Di rumah:laa da kul 12..nape mak x kejut..(padahal mak dah byk kali kejut).. mak nasi ade??
(kalau kat ump kite kna beli sendiri makann tapi kat rumah ade orang yg hidangkan..di sebabkan ade org yg masak dan hidang kita just makan jer..jangn laa tunjuk sangat sifat malas kat mak kita.. tolongla ape yg patut..)

Kul 1:50
Di ump: (baru lps sembahyang persediaan nk g kls)
Di rumah: mak bukak tv 3 cter “si cantik dan si buruk rupa” dah nak main.. (pas2 sambung cter dongeng)
(da x tau buat ape!! tgk tv…bgs 2 tapi tgkla cter yg bermanfaat..same la ngn penulis nie..huhu)

Kul 5:30
Di ump: jom g jogging
Di rumah: aduii nk wt bender yer?? Tido lah….

6:50 ptg
Di ump : man jom gi masjid..
Di rumah: aduii dah nk maghrib cptnyer mase berlalu..cter ape yer mlm nie??(berfikir)

8:40 mlm
Di ump: (baru balk dr masjid) serch internt jap
Di rumah: lapor nyer!!! Mak ade makann x??

…………………………………………………………..
Sebagai kesimpulan buatla bende yang bermanfaat di musim cuti nie supaya ilmu kita ber tambah..

Monday, December 7, 2009

Sentiasa Ingat Mati!!I



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang melihat wajah seseorang, didapati orang itu ada yang masih tertawa. Maka berkata Izrail, "Alangkah herannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala un...tuk mencabut nyawanya tetapi dia masih bergelak tawa.”