Selamat datang ke blog ini

Wednesday, March 17, 2010

Adakah kita munafik??

Emm da lame x post dlm blog nie..maaf sume yer..sibuk sangat baru2 nie,tapi kita x leh sibuk dalam kerja dunia jer.. kita kena gak sibuk tuk berdakwah..huhu..
Di sini penulis mahu kita sama-sama berfikir..Adakah kita seorang munafik?? Jika kita lihat ayat ini yang bermaksud :-
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit bumi dan gunung-gunung maka semuanya enggan utk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.”


Jika dilihat hadis ini pula
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Maka saya ingin menekankan “apabila dipercayai ia khianat”.jika kita relatekan dengan firman Allah diatas,maka kita ini telah di beri amanah oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah.Tapi apakah kita telah menunaikan amanah di muka bumi ini?? Ataupun hidupnya kita hanya merosakkan islam?? Renung2kanlah

No comments:

Post a Comment