Selamat datang ke blog ini

Monday, August 2, 2010

MENGAPA KITA DI TEMUKAN????

Salam… lame dah x menulis kt blog nie… huhuhu.. kesibukan dunia membuatkan penulis hampir terlalai.. nasib baiklah ade sahbt2 di samping diri ini untuk meneruskan perjuangan yang belum & tdk akn selesai ini sehingga diri ini menghembuskan nafas terakhir.

Adanya perpisahan...
Kerana adanya pertemuan...
Jadi yang mana perlu disalahkan antara pertemuan dengan perpisahan??

Tiada pertemuan tiada juga perpisahan.Tapi dalam kehidupan, kita tidak boleh mengelak diri dari pertemuan dan perpisahan kerana ianya adalah lumrah kehidupan bermula sejak kita lahir dimuka bumi ini..



Pertemuan itu adakalanya membahagiakan. Dan adakalanya kita menyesali mengapa terjadinya pertemuan. Kerana pertemuan itu hadir beriringan dengan perpisahan. Biarpun perpisahan itu hadir tanpa diminta kehadirannya..

Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia tak terhingga kerana ia membuatkan jiwa yang sering dilukai berakhir jua saatnya..

Pertemuan dan perpisahan mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan sebagai insan biasa, kita harus redha kepadaNya. Dan kita harus bersedia untuk terus menanti sebuah pertemuan lagi. Biarpun penantian itu adalah satu penyiksaan.

Dan kita jangan lupa diakhirnya akan berlaku sebuah perpisahan yang akan kekal abadi untuk selamanya......

No comments:

Post a Comment