Selamat datang ke blog ini

Tuesday, November 3, 2009

Hebatkah kita???

Assalamualaikum...

Salam ukuwwah kpd pembaca2 sekalian… Di kesempatan kali ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai “Hebatkah Kita”??

Banyak kita telah mendengar ceramah-ceramah atau tazkirah-tazkirah yang boleh menginsafkan kita atau dapat mentarbiyyah diri kita tetapi berapa kali kita dapat ambil iktibar ataupun amalkan apa isi kandungan tazkirah itu?? Sebab apa perkara seumpama ini berlaku?? Adakah salah kita ataupun salah pentazkirah itu??

Banyak persoalan yg di bangkitkan.. yang mana satu kah pilihan kita?? Penulis yakin ramai yang akan memilih "salah diri kita sendiri"..Inilah sikap manusia yang merasakan diri nya hebat dalam kalangan manusia ini.Tetapi fakir dan miskin di sisi Allah.. Mereka rasa, mereka itulah tuhan dan boleh buat apa saja tanpa mnghiraukan Yang menciptakan dia..

Diantara ciri-ciri orang yang hebat ialah mereka tidak hiraukan perintah Allah ataupun ambil ringan akan suruhan-suruhan Allah.Sebagai contoh solat.Ramai pada hari ini ambil ringan akan solat lima waktu disebabkan mereka perasan diri mereka itu hebat dan kuat untuk menahan azab Allah kelak.Inilah sikap kita yang sebenar..selagi tidak di datangkan dugaan kepada kita, selagi itulah kita berkuasa di atas muka bumi Allah ini...

ciri yang kedua ialah tidak mengendahkan sunnah rasulullah.Seperti yang kita tahu rasulullah dapat memberikan kita syafaat kelak.Tetapi bagaimana kita nak dapat syafaat rasulullah jika kita pada hari ini bila tengok orang mengamalkan sunnah sahaja kita duk maki hamun.Sebagai contoh pentadbiran islam.Sesetangah masyarakt pada hari ini, bila di sebutkan kepimpinan ulama’ maka mereka akan katakan x ikut peredaran masa..Na’uzubillah..cermin diri hiasi peribadi..

Jadi tarbiyyah balik diri kita..Adakah kita termasuk golongan orang-orang yang hebat??

“Selamat menduduki peperiksaan”

No comments:

Post a Comment