Selamat datang ke blog ini

Sunday, January 31, 2010

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.






Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Daripada maksud ayat ini kita dapat lihat apabila kita ditimpakan sesuatu musibah semestinya kita mampu menanggung musibah tersebut.Tapi bagaimana dengan kita??? Adakah apabila Allah menimpakan kpd kita musibah, kita dapat menanggung musibah tersebut ataupun hanya mengeluh??







Kita dapat muhasabah balik diri kita.Penulis mengakui apabila di timpa musibah kecil sahaja penulis akan mengeluh..Astaghfirullah..bertapa rendahNya iman kita.Penulis teringat dengan seorang sahabt penulis apabila Allah mengujiNya dengan kemalangan.Pada mulanya dia menceritakan dia menaiki sebuah motor dan dia rasakan bahawa motor tersebut bergoyang2.Tidak lama kemudian motor tersebut terjatuh di sebabkan dia tergelincir di bahu jalan.Setelah kemalangan dia sentiasa mengeluh dan menyalahkan motor tersebut.Adakah motor yang bersalah?? Ataupun orang yang membuat motor tersebut bersalah?? atau pencipta orang yang membuat motor itu bersalah?? Sama2 lah kita fikirkan.

Jika kita mahu menyalahkan orang lain di sebabkan salah kita sama2 lah kita fikir kesalahn itu berpunca daripada mana.penulis teringat satu lagi kisah dimana seorang suami yang membeli buah tembikai.Apabila tembikai itu dipotong oleh isterinya di rumah, di dapati bahawa tembikai tersebuat rosak dan isterinya memarahi penjual tembikai tersebut.




Jika difikir balik, ada atau tidak penjual yang ingin menjual barang yang rosak?? Penulis rasa tiada..Oleh itu,adakah salah penjual tembikai tersebut yang ingin menjual tembikai yang buruk?? Atau salah orang yang menanam tembikai?? Ataupun salah pencipta tembikai itu??

No comments:

Post a Comment