Selamat datang ke blog ini

Monday, January 11, 2010

sejauh mana sikap kita dengan Allah

Alangkah indahnya jika rasa cinta dan sayang kepada Allah itu wujud dalam diri kita. Ketika itu kita akan rasa tenang, khusyuk dan asyik. Mana lagi rasa cinta dan sayang yang amat indah selain rasa cinta dan saying kepada Allah? Adakah rasa cinta dan sayang kepada kekasih lebih hebat dan indah berbanding dengan Allah.

Mungkin kita rasakaan cinta dan sayang pada kekasih lebih hebat kerana kita tidak pernah sekali pun memiliki nikmat rasa cinta dan sayang pada Allah.



Kita semua mengakui kita menyayangi Allah. Tetapi berapa kali kita mengingati Allah didalam sehari? Kita tidak perlu menipu diri kita. Ketika sahabat membaca artikel ini, adakah sahabat mengingati Allah? Ketika kita melakukan apa jua aktiviti seharian, adakah kita mengingati Allah.
Di dalam hidup kita sehari, kita akan bangun pagi, mandi, bersihkan diri, pakai baju,makan, pergi kelas, belajar, balik kelas akhirnya tido.Itulah aktiviti asas yang kita lakukan seharian. Namun di dalam semua aktiviti asas tersebut, berapa banyak kita berdoa sebelum melakukan semua aktiviti itu? Sejauhmana kita meminta izin daripada Allah untuk melakukannya?

Berdoa untuk keselamatan adalah berbeza dengan meminta izin. Sebagai contoh,sewaktu ingin mandi, berapa ramai yang meminta izin pada Allah untuk mandi?Terlupakkah kita bahawa air itu kepunyaan Allah. Tidak sedarkah kita nikmat mandi itu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita?

Sewaktu ingin pergi kerja, sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk pergi kerja? Sedarkah kita tenaga kita untuk pergi kerja tersebut adalah milik Allah. Sedarkahkita bahawa kenderaan yang kita naiki hanya dapat bergerak dengan izin Allah?
Nah! Sekarang kita tanya sekali lagi adakah kita benar-benar cinta dan sayang padaAllah? Jika ya, mengapa kita tidak meminta izin daripada Allah di dalam melakukansetiap aktiviti kita?

No comments:

Post a Comment