Selamat datang ke blog ini

Sunday, January 24, 2010

Fungsi kerusi dan meja d dpn kk1??

Apakah fungsi kerusi dan meja yang berada di hadapan kolej kediaman 1??
Salam…
Berkaitan perkara di atas, kita dapat lihat bahawa kerusi yang berada di hadapan kk1 hanya dapat membuatkan pasangan couple lebih mesra berbual sambil melihat felo yang sedang menyaman pelajar-pelajar yang parking kenderaan mereka di hadapan masjid.Perkara ini jelas kita lihat .Jika di ikutkan, ana sebagai mahasiswa tidak mampu untuk menghalang mereka sebab status kami adalah sama.Jika ana menghalang mereka sudah pasti ana akan di maki hamun dan menyebabkan pergaduhan berlaku.Jadi di manakah kuasa felo?? Adakan felo hanya boleh menyaman pelajar yang parking di hadapan masjid yang bertujuan untuk menunaikan solat isyak tetapi tidak mampu untuk mencegah pasangan couple yang sedang bermesra di atas kerusi berhadapan kk1.Ingat lah Allah memberi tanggungjawab kepada kita seperti firmanNya yang bermaksud
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”
Ayat Ini jelas menunjukkan bertapa perlunya kita mencegah kepada kemungkaran.Jika kita endahkan perintah Allah.Ana pasti semua tahu hukumnya.Ana hanya mampu mencegah menggunakan lisan dan hati sahaja kerana ana tidak mempunyai kuasa.Tetapi kenapa yang mempunyai kuasa tidak mahu bertindak??Adakah antum tidak tahu?? Ingat setiap gerak geri kita di lihat oleh yang MAHA MELIHAT!!
Ana harap semua dapat mengambil iktibar dan bukan nya marah tidak tentu pasal.Ayat ini di turunkan oleh Allah bukan dari ana.Adakah antum mahu marah?? Tanyalah iman!!!

No comments:

Post a Comment